Pages

Tuesday, August 24, 2010

SIHIR SEMAKIN MENJADI JADI

Hairan dan amat menghairankan sihir atau ilmu hitam di kalangan orang islam malaysia semakin menjadi jadi . Tidak pasti apa kah punca sebenarnya. Adakah pendatang indonesia yang sekian tahu kebanyakan pendatang berbekal ilmu ilmu sesat dan sihir dan ilmu akidah yang bertopengkan islam namun berinti sihir.

Mungkin diperhatikan adakah pengaruh drama drama tv  atau ap[a yang terhidang di dalam pelbagai majalah dan makalah apa yang di katakan paranormal , kebathinan atau misteri menjadikan golongan muda bawah 40 semakin berminat dengan ilmu ilmu yang tidak ketahuan paksi syariatnya.

Adakah ianya semakin menjadi jadi berikutan semakin banyaknya kaedah perubatan islam atau perubatan alternatif yang tumbuh melata di tanah air kita.

Apa yang perlu kita hendaklah berhati hati dengan pengaruh ilmu pelik pelik dan tidak ketahuan asal usulnya supaya anak cucu keturunan kita tidak di kudakan oleh iblis syaitan dan jin .  Begitu juga kita hendaklah mengukuhkan iman dan takwa kita dalam erti kata lain keyakina kita kepada kebesaran Allah dan kemuliaan kita sebagai insan bernama manusia.

Balik lah kita kembali kepada fitrah kita sebagai hamba Allah yang mengucap dua kalimah syahadah dengan mendukung rukun iman dan rukun islam dengan sepenuhnya . Asas sebagi orang Islam yang sejati agar tiada sihir atau ilmu hitam atau iblis atau  syaitan dan jin atau  nafsu kita sendiri tidak  boleh memperbodohkan kita  supaya menyesatkan diri kita. Ilmu ada merata dan akal kita ada dan cuma yang membezakan kita hanya lah bagaimana kita menggunakan akal berpandukan ilmu ilmu agama untuk kita menjauhkan diri dari kesesatan sihir dan gangguan iblis syaitan dan jin serta hawa nafsu kita.

Marilah kita sempurnakan rukum iman dan rukun islam kita supaya kekuatan dalam kita akan menjadi benteng diri kita dan memberi kita sejuta rahmat Illahi . Mari kita sempurnakan solat kita bermula dari kita mengambil wuduk hingga kita memberi salam dan berwirid dan berzikir dan berdoa serta bersalaman dengan jemaah yang lain . Bersihkan diri dan jalani rutin kehidupan yang penuh dengan disiplin islamik sebermula kita bangun tidur hingga kita kembali tidur .Tiad ayang susah jika kita tidak mulakan dan tidak ada yang mustahil bagi niat yang baik dan tujuan yang baik

No comments:

Post a Comment

KOMEN ANDA (YOUR COMMENTS)