Pages

Wednesday, December 9, 2009

KANDUNGAN

Blog ini akan diusahakan untuk mengandungi semua jenis bentuk ilmu yang ada dan terlintas terfikir terserempak atau terjumpa oleh kiat semua dan untuk itu tuan tuan dan puan puan dijemput turut menyumbang atau mengesyorkan atau memindahkan apa jua pautan pautan untuk dikongsi bersama termasuklah perniagaan perniagaan atau iklan iklan tuan tuan dan puan puan yang mana insya Allah dapat memberi kebaikan kepada kita semua .


Antara kandungan :


1. Akademik

2. Kesihatan

3, Resepi

4, Pengetahuan Am

5, Pengetahuan Agam Islam

6. Hal Ehwal Penjagaan dan Pengurusan Rumahtangga

7. Psikologi

8.

PRAKATA :ILMU

Kita tidak dapat tidak setiap masa setiap hari sentiasa menerima ,melihat ,mempelajari sesuatu yang baru baik dari pandangan, pendengaran, bacaan atau pemikiran dan semuanya itu adalah penmgetahuan yang dinamakan ilmu yang mana ianya menambah kepekaan kita terhadap diri kita ,sekitaran kita dan kehidupan kita yang mana celik mata hingga saat tidur kita tetap kita belajar sesuatu yang baru .

Tanpa kita sedar itulah jua yang kita bermula sebaik kita lahir ke dunia ini , Kita belajar melalui penggunaan deria deria yang tuhan anugerahkan kita dan sewajibnyalah kita yang normal bersyukur dengan anugerah yang kita ada itu bebrandingkan manusia yang sedikit kekurangan namun hikmah dan kebaikan serta kebajikan Allah kepada mereka itu tidak kita ketahuan yakni tiada kebanggan untuk kita yang sempurna kerana kesempurnaan kita menuntut perlaksanaan kewajipan kewajipan yang telah Allah tetapkan .

Ilmu mendidik manusia supaya menjadi manusia yang sejati yang wajib mengikut fitrah dan fikrah yang telah Allah tetapkan . Bukan kita hidup semata mata hidup kemudian mati tanpa tujuan dan maksud dilahirkan dan dimatikan .Kita hidup untuk bahagia dan untuk aman damai kehidupan secara zahir dan bathin dan itulah mengapa kita hidup dengan akal yang wajib digunakan untuk kebaikan . Dan istilah kebaikan itu bukanlah untuk diri kita semata mata tetapi setiap perbuatan baik yang kita lakukan itu juga baik untuk umat manusia dan alam yakni jika kita berlaku baik tetapi memberi mudarat atau susah kepad aorang lain atau kepada aalam itu tidaklah boleh kita katakan ianya kebaikan yang mutlak.

Dari situlah jika ilmu dipergunakan dengan baik maka baiklah kehidupan dan suatu bentuk kehidupan yang dinamakan tamaddun akan ujud dengan sendiri nya dan diri kita sendiri akan berbangga dan megah dengan keberhasilan ujud tamaddun itu. Kemusnahan tamaddun silam mengajar kita sebab musabab mengapa kehancuran kehancuran itu berlaku dan mengapa tamaddun tamaddun yang gah suatu ketika dulu ketinggalan bertukar dengan tamaddun yang baru yang dikuasai oleh umat lain

Kebejatan akal kita sendiri yang mecacatkan diri kita untuk memajukan diri kita dan menyumbang kepada kemajuan umat dan tanahair kita sendiri , Tamaddun boleh berkembang dari suatu lokasi yang terpencil yang tidak ada nama yang tidak ada kegagahan namun kejituan ilmu suatu kelompok masyarkat itu yang menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan serta kenikmatan hidup kepada koloni masyarkat itu akan mempengaruhi dan merebak ke daerah daerah lain seterusnya secara perlahan menjadi contoh dan ikutan kepada umat lain dan seterusnya menjadi kiblat kemajuan

Sewajarnya kita sentiasa menjadikan ilmu agenda pertama hidup kita dan menersukankan kepada warisan warisan kita baik zuriat dan baka kita atau anak anak murid kita atau masyarakat kita. Sewajarnya kita tidak lagi berkiblat kepada mana mana dunia untuk memajukan diri kita . Ilmu boleh di cari . Ilmu boleh diusahakan . Ilmu boleh di ciplakkan. Ilmu boleh fotostatkan .

Apakah salah kita menciplak ilmu jika itu memberi kita kebaikan . ILMU BUKAN MILIK SESIAPA . ILMU MILIK TUHAN

Monday, August 10, 2009

Prakata

Hidup itu adalah Ilmu. Apa yang kita buat ada lah ilmu , Setiap hari kita akan belajar perkara baru dan adakalanya kita akan belajar perkara yang sama berulang kali . Menuntut Ilmu itu Fardhu Ain . Yakni wajib bagi setiap orang . Mencari ilmu tidak semstinya formal malahan apkita boleh belajar dari perubahan sekitaran kita dan kejadian kejadian harian dalam hidup kita juga dari cerita cerita oleh kawan kita.

Ilmu adalah untuk mengajar Akal, hati dan Jiwa kita untuk menjadi lebih bijak , waras, berwaspada dan membahagiakan diri kita yang kita nikmati dalam hati kita Semulajadi manusia itu bersih dan akan mula menjadi korup apa bila mula melangkah ke alam kehidupan . Dan manusia akan mula mencari kepuasan dan kebahagiaan untuk dirinya . Sedar atau tidak manusia sememangnya menggunakan akalnya yankni ilmu berfikir yang Allah berikan kepadanya . Cma yang membezakan adalah kesungguhan berfikir dan kebatasan pengetahan manusia itu menenai sesuatu perkara

Untuk itu Aku berhajat untuk mengguna anugerah Allah yang menuturkan kepada manusia hingga adanya komputer...adanya internet dan adanya halaman warkah dipanggil blog ini untuk mencatat perkara perkara yang sudah kita semua tahu atau mungkin aku tahu kamu tidak tahu tetapi oran lain sudah lama tahu